Dunia Miera


Entry aku adalah curahan hati aku.

Engkau terasa? Apa aku boleh buat, itu HAKIKAT.

Engkau tak suka? Engkau BOLEH BLAH, aku tak marah.


Hamster Chumell

Saturday, September 29, 2012

Imsomnia

Assalamualaikum.

It's 12 pm. Sharp. On the other day. Dan aku tak tido lagi.

GILA HEBAT.

Pertama kali dlm sejarah hidup aku tak tidur malam semata utk menyiapkan assignment utk dihantar tepat pada masanya!

PERTAMA KALI sepanjang 22 tahun wehhhhhh!

And I just took about 30 hours straight to finished that SILLY assignment.

Semantik dan peristilahan bahasa Melayu.

Subjek dan pensyarah yg selalu makan maki aku.

Bila mengeluh dan mengeluh dan mengeluh, kawan aku kuatkan semangat dgn berkata, "Rilekssss, kita pernah siapkan assignment gerko dlm masa tiga jam".

Haha. YES. Gila tak semenggah perangai cikgu ni. Belum boleh kawen lagi. Siapa pulak pernah kata kat aku DAH BOLEH????

Mak ayah sila bangga dgn anak sulung kalian. Bangga tak makkk?

Ok, kepala aku dah berdenyut sebenarnya. tapi mata tak ngantuk.

Jilaka kau kafein!

Kefokusan tahap minima

Assalamualaikum.

Masih berassignment. Cam jilaka kan tangan dan kepala hotak aku ni. Masa sibuk berassignment lah mereka sibuk terkinja kinja nak menaip nak mencurhat kat blog.

Ah persetan assignment sebentar.

Jarum pendek jam dinding corak bunga bunga ni tunjuk kat nombor lima. Jarum panjang dia tunjuk nombor dua. Warna langit kat luar gelap.

Aku dah minum empat sachet nescafe bersamaan dengan dua gelas.

Masa berassignment merupakan masa merosakkan segala sistem yang ada pada badan. terutama sistem perkumuhan.

Maaf ginjal. Kau kena kerja kuat sikit memproses kafein yang terover dos dlm badan aku.

Apa sebenarnya yang aku nak nyatakan? Defak. Lost.

Aku nak bagitahu. Aku ni mungkin ada penyakit ADHD. Aku lupa nama penuh. Gi tanya encik gugel.

Aku mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian yg panjang kepada sesuatu benda yg aku tengah buat. Aku cepat ngantuk. Ke aku ni kaki tidur? Arghhh. Manusia mana tak suka tidur. Angkat ibu jari kaki.

Sebagai contoh, masa berassignment macam ni lah aku sibuk nak menaip di blog. Juga sebok terkinja tergedik rasa nak dengar muzik. Seiring jugak dgn kegedikan badan dan kepala yang nak bergoyang. Meluap ruap pulak perasaan nak menyanyi karoke.

Adoi. Gila ADHD aku nih.

Mak, lepas habes degree ni kaklong taknak dah sambung master ke Phd ke BCG ke.

Arghhh aku merepek apa ni. Serius. Inilah kesan kafein.

Friday, September 28, 2012

Penafi

Assalamualaikum.

I live in denial.
Yes.

Aku suka tapi aku tinggalkan.

Aku tak suka aku sakit tapi aku masih buat. Sampai hari ni.

Aku rindu tapi berbual sengal senget macam biasa.

Aku nak aku mahu tapi jual mahal. Kadang-kadang.

Nampak tak betapa penafinya aku.

Ada kau kisah? Aku tahu kau tak pernah kisah.

Pergi main jauh jauh kalau tak kisah.

Bukan Penggoda

Assalamualaikum.

Musim assignment. Musim stress. Musim aku gigit bibir.

Nampak cam takde kena mengena kan? Meh ceq nak habaq mai kat hang.

Aku ada bad habit. Gigit bibir.

Perbuatan ni akan jadi bila aku sedang leka, memikirkan sesuatu dan aku nervous kot. Kadang kadang macam luar sedar benda ni jadi. Macam bukan aku yg menggigit bibir sendiri. tahu tahu dah sakit dah berdarah. Pelik.

Kawan aku pernah tegur. Aku buat presentation kat depan kelas sambil gigit bibir. Selalu. Sampai dia boleh perasan itu habit aku. Yelah dah 4 tahun setengah kami sekelas.

Lepak dgn kawan lelaki kat mapely pun ada yg pernah tegur aku tengok tv sambil gigit bibir. Sumpah tak sedar. Luar kawalan.

Ada yg pernah tegur, aku tengok (baca : tenung) somebody (baca : lelaki) sambil gigit bibir. Dia ckp nampak mcm aku tergoda gila tengok somebody tu. Juga aksi sedikit menggoda katanya. DEFAK! Sumpah aku bukan tengok bukan tenung tapi TERMENUNG. 

Pengakuan jujur ikhlas berani mati.

Sumpah aku TAK SEDAR langsung yg aku sedang gigit bibir kalau kau nampak aku sedang gigit bibir. Ayat keling. Itu perbuatan luar sedar aku.

Bukan niat menggoda, bukan tergoda jauh sekali terangsang ke hape. Aku paham lelaki ni jauh sikit pemikirannya. BUKAN.

Dan skrg adalah masa pulun buat assignment. Dan juga pulun menggigit bibir. Aku tiba tiba terpikir satu cara. 

Aku beli mentos dan cuba kunyah kunyah kunyah mentos masa tengah menaip.

tak berjaya. Bibir jugak yg sedap buat gigit. DEFAK!

Jadi kesimpulannya, kalau kau tengok aku waktu aku tengah gigit bibir, anggaplah aku sedang melakukan perbuatan luar sedar pd waktu itu. Bukan menggoda dan bukan tergoda.

Sekian.

Monday, September 10, 2012

Bukan palagiat

Assalamualaikum. Pertama. Entri ni bukan tulisan aku. Ulang baca. BUKAN TULISAN AKU. Aku petik sebji sebulat sebondong sebentuk daripada page fesbuk Kak Fynn Jamal. Jadi jangan kata aku palagiat. BUKAN PALAGIAT. 

Ahh. Merapu. Baca jelah engkau orang.


pagi2 baca shared print screen sorang cik kak ni pasal pendidik. mcm2 point yg memberitahu betapa cikgu2 ni golongan tak guna. aku baca je. dalam hati aku "stendedd aa org benci cikgu. biasa benor dgn difficult parents yang kije carimsalah cikgu". 

sampai la satu point yang aku rasa juvi. 
"and another thing is always MC and pregnant aje"

la... aku ingat airline je ada sekatan berzuriat. jadi cikgu pun kena tahan napsu jugak.

susah aa. serius susah.
tapi kan. aku tak bohong. dari pengalaman aku dgn sistem pemdidikan, ditabah pulak abah aku bawak bas sekolah (jadi dari kecik aku mmg handle mak bapak bila datang bab sekolah), inilah thesis aku:

mak bapak perangai boss pailang kepala besar macam duit dia je laku dalam dunia--
anak dia tak pergi mana.

biasa anak2 yang cerdik sekolah,
prestasi cemerlang,
dah besor berkerjaya,
jadi orang--
mak bapaknya tenang.

serius.
tak caya pergi tengok kawan2 yang berjaya.
mak bapak dia macam mana?

kool, kan?

dear parents,
if your kids fuck up--
dont blame others.

you send them to school--
ALL FUCT UP--
pastu marah kenapa dia create problem kat sekolah.

kamon la.
kids learn at home FIRST.

dan yang cikgu2 pulak.
amanah sikit dalam kerja.
teaching IS NOT just a career BILA DAH TAKDE KIJE LAIN. teaching is PASSION.

sebab sekor dua cikgu bangang la--
yang pemalasnya,
yang nak masuk youtubenya,
yang nak jual herbalife avon amwaynya--
ROSAK reputasi cikgu.

parents and teachers--
stop your bickering.
tolonglah.

kita nak pandaikan anak2 kita.
kita kena kerjasama.
not poiting fingers.

tuduh2 mmg solusi paling mudah.
meh aku bagi contoh:

aku nak jadi kaya. duit berkoyan. tapi tak mampu.
NI SEMUA GEORGE SOROS PUNYA PASAL.
CILAKA KAU SOROS.

Wednesday, September 5, 2012

Penipu Sundalan

Assalamualaikum.

Eh. Nak mencarut pun bagi salam. terbiasa. Aku kan baik. takyah rasa nak tampar aku. Sila tampar muka sendiri.

Entri masih dituju kepada jejantans. Eh, takkan la aku nak mencarut kat bangsa sejantina aku sendiri? Kami perempuan baik belaka. Kalau pun buat jahat, kami jahil. Biasalah. Akal 1 je napsu pula 9. Bukan bongok (eh baca dengan nada dan intonasi sopan sikit ea jangan mencarut kat blog aku) macam makhluk berekor ni akal 9 napsu 1 masih nak memfollow napsu. Nasib baik je napsu takde akaun twitter kalau tak mesti trilion pollower.

*Ah mula mengarut padahal nak mencarut*

Bang, seronok bahagia indah best sangat ke patahkan hati perempuan? Eh, hati perempuan bukan ranting kayu tak pun pembaris plastik lembik yg kau guna masa zaman sekolah la nak main patah patah. tak suka cakap suka. Nak memain cakap serius. Menipu cakap jujur. Butoh!

Eh, takyah nak tinggikan suara ya baca perkataan tu. Baca seslow kan elok. Baca balik. Butoh. Haa kan dengar macam memuji bunyinya. Psikologi kan tu.

tahulah perempuan berlambak hari ni. Kau tinggal tunjuk kat mak, suruh mak hantar rombongan meminang ke rumah, tunggu bapak perempuan setuju, KAWEN.

Kau ingat macam beli baju kat pasar malam? tahulah dah biasa sangat pakai baju bundle pasar malam sampai pilih perempuan pun nak dibuat macam pilih baju bundle murah busuk kau tu. Bodoh!

Eh, baca lembut lembut. Bodoh. Haaa kan elok didengar.

Bang, kalau ikut hati kitorang nak sekufu sangat, mungkin lebih ramai perempuan bakal jadi andartu. Kualiti beserta kuantiti sama sama jatuh merudum. Penghuni pusat serenti beserta penjara yg naik melambung.

Akak, rileksla. tak rasa ke kita kuat? Semua benda boleh buat sendiri tanpa jejantans. Mengandung je la yg tak bolehnya. Jangan pulak kau mengandung tanpa kawen tetiba kau cerita kat mak pak kau konon kau macam Mariam ibu Isa. Elak aku luku je kepala beserta kepala lutut kau.

Akhir kata kepada penipu sundalan sekalian di luar sana, nak kata apa ek?

Ahh takde nak kata apa apa sebab kalau pun kau jejantans baca bukan insap. tahunya nak sedap.


Bola sepak lawan mekap mahal

Assalamualaikum.

Entri dituju kepada jejantans. Aii, takkan siap tunduk tengok jantina memasing kot? Defak.

Errr, nak mula acane ek?

Ahhh senang terus kepada titik utama. Bukan tetek. Baca titik. Jgn melucah kat blog aku.

Jejantans sekalian, tak perlu nak ajak perempuan berbual pasal bola kalau kau tak boleh berbual pasal mekap, sepatu tumit tinggi, dan apa beza tudung bawal printed, tudung obama, tudung dua tone, tiga tone, bertone tone dan apa beza shawl, pashmina, dan selendang.

Masih tak paham. Slow learner. takpe. Aku dah biasa. tiap hari jumpa budak budak yg pelbagai level membiasakan aku dgn engkau engkau yg lambat pikap.

Jejantans, tak payah nak reject sangatttt perempuan yg bebual pasal bola secara carca marba atau mungkin tak pandai langsung atau bahasa pendeknya bongok pasal bola.

Aku dare kau jejantans. Oh lupa nak tulis Bahasa Melayu. Aku cabar kau lelaki sekalian.

Mai bebuai pasai high heels dan mekap mahai dengan ceq kalau hang nak bebuai pasai bola dengan ceq. Kalau hang masteri topik high heels dan mekap dan ceq loqlaq topik sepak bola, hang boleh sembuq ketawa berdekah hang depan muka ceq.


P/S : takyah nak reject sangat bang kalau kau boleh kata kat aku eye shadow pakai bawah mata. Face palm!

Monday, September 3, 2012

Cikgu tidak pernah tak dicelaka

Assalamualaikum.

Lama tak menaip di blog. Selalu menaip di word. Oh, pastinya utk siapkan assignment dan rancangan mengajar yg SETIAP HARI perlu dibuat.

Aku terpanggil nak menaip. Siapa panggil? Ni haa. Si Cik Nuna Comel suruh aku komen pasal satu blog yg penulisannya aku rasa aku hanya ada satu patah kata.


NOKHARAM.

Mungkin dia komen tu pasal cikgu sekola menengah dia Nuna. Sebab nak komen iye iye pasal cikgu sekola rendah takut cikgu yg satu masa dulu pernah basuh cirit dia bukak cerita. Malu lah dia Nuna.

Siapa lagi yg rasa jadi cikgu ni senang mari komen reramai kat blog aku nih. Mari caci herdik aku yg bakal jadi cikgu apa katanya? Pemalas, tak ikhlas, berkira, suka skip kelas dan ikut.suka.hati.mak.bapak.atok.dia.je.nak.taip.

Kalau jadi cikgu senang, mudah, ringkas, dan segala bagai yg seerti, gua TAKKAN sering mengucapkan ayat ini. KALAU GUA ANAK ORG KAYA GUA SUMPAH TAKKAN JADI CIKGU.

Berak kencing budak yg tercicir kau basuh.

Kertas ujian budak kau tanda, bagi markah, pulang kertas, bincang, suruh buat pembetulan, tanda balik.

Kau cakap kat depan kadang kala serupa tunggul balak (kes badan cam aku kecik sikit mungkin kayu cengal) kalau masuk kelas bengap budak kurang ajar macam takde mak bapak ajar about manners kat rumah.

Budak tak pandai tak boleh score exam mak bapak tuduh kau makan gaji buta sebok buat MLM jarang masuk kelas.

Budak bijak dapat belambak berduyun A mak bapak kata anak diorang memang pandai satu anugerah kelebihan drpd tuhan yg diorang jarang jarang sembah. Ada sesetengah kes TAK PERNAH.

Masalah rumah tangga mak bapak budak yg melibatkan prestasi pencapaian budak dan kadar kehadiran budak ke sekolah kau yg kena bagi nasihat mungkin kadang kala kau yg kena selesaikan. Kau dah lebih kurang serupa peguam syariah merangkap kaunselor rumah tangga tak bertauliah plus TAK BERGAJI.

Bagi kertas latihan buat jamuan makan hias kelas cecantik konon nak bagi motivasi budak ke sekolah padahal budak tu memang balak liat merupakan antara tugas kau dan mungkin bakal pakai duit kau sendiri sebab tak sampai hati nak mintak duit budak padahal kau drive viva je mak bapak budak hanta budak depan pagar sekolah pakai ALPHARD kadang kadang VELLFIRE takpun STAREX.

Setahun yg ada 365 hari tu kau hanya dibenarkan cuti selama TUJUH HARI dan MC 15 hari sebab cikgu kan katanya suka skip kelas hanta budak sakit ke klinik pergi kursus masa hari persekolahan.

Cikgu memang seorang adiwira yg mampu terbang pantas atau lari laju dlm kelas macam Ying dlm kartun Boboiboy  utk memberikan sepenuh perhatiannya kpd paling kurang 35 orang murid yg perangai kerenah kehendak kegedikan tahap kebangangan SEMUA SAMA.

*Berhenti sekejap*


Ya, memang tak dinafikan ada antara tulisan Cik Yana tu betul. Aku seorang bakal guru tak nafikan. Jual pad herbanya lain, sabun susu kambing susu itik susu ayam susu dia je takdenya lain, kuih raya baju raya kasut raya beg rayanya lain. Laki bini raya je takde jual kalau tak sungguh plessing kau beraya dgn bini badan biola laki taff mcm The Rock kan.

Semua kerja kita susah. Semua kerja kita ada cabaran. Bukan engineer je keluar rumah gelap balik rumah gelap. Betul juga kata salah seorang commenter di blog Cik Yana tu. Kalau senang sangat untung sangat kenapa tidak Cik Yana je yg jadi gurunya? tepuk dada bukan tepuk buah dada tak payah tanya selera sebab selera aku mati dicantas dek penulisannya.

Link yang buat gua senyum lebar :)