Dunia Miera


Entry aku adalah curahan hati aku.

Engkau terasa? Apa aku boleh buat, itu HAKIKAT.

Engkau tak suka? Engkau BOLEH BLAH, aku tak marah.


Hamster Chumell

Monday, April 16, 2012

Penempatan Kesabaran

Assalamualaikum.

Bila tak update bertahun kosong. Bila mood dtg nak update sehari sampai dua kali post.

Ok, mungkin aku bukan kawan yg baik atau mungkin bukan kawan sekalipun !

Susah sgt kan nak ajak aku keluar sama sama. Yek, memang aku selalu menolak bila diorang ajak aku jogging. Bukan sebab aku tak minat atau malas or I'm not into sport thing. Atlet mana yg tak sukan sport? Atlet org asli kot.

I'm trying to gain weight. And jogging seems not a very good idea to gain weight. Bukanlah aku kata aku taknak bersenam langsung sebab nak maintain berat badan. I'm still doing some sport. tapi jogging merupakan aktiviti yg akan membakar lemak. Dan aku kekurangan itu !

AT LEAST boleh kan cuma beritahu aku yg korang nak keluar? Bukannya aku takde depan mata. Sebesar manusia dah aku ni terpacak. Aku merasakan manusia kat Kota Bharu ni hanya gunakan aku bila dia takde org lain yg boleh digunakan.


Miera : penempatan aku di Kota Bharu mengajar aku jadi insan yg kenal makna sabar.

Hati Mati

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak update. Kan? Sibuk. Biasalah. Alasan biasa.

Sejak belajar kat Kelantan ni aku rasa mcm dah takde perasaan. Hati dah mati. Kenapa?

Kawan-kawan yg SANGAT BEST.

Aku tak tahu mana silap aku. Yek, mungkin mulut aku macam longkang suka cakap lepas. tapi bagi aku cakap lepas lebih mulia drpd aku ngumpat belakang org tu. Lebih baik aku sakitkan hati dia depan muka dia drpd aku ibarat makan daging saudara sendiri.

tapi biasalah. Org melayu. Lagi sanggup mkn daging saudara sendiri drpd beritahu dan dengar kenyataan.

Susah sangat kan nak buat baik dgn aku yg bermulut jahat nih. Sedangkan aku dah cuba sehabis baik aku utk berbuat baik dgn diorang. taknak fikirkan kebaikan yg aku dah buat sebab aku taknak mengungkit.

Sabarlah hati. Insya allah sebulan lebih je lg bakal dapat manggis besi. Kan haritu aku dah janji nak ciyom Cik Moni banyak banyak. Jadi, selepas manggis besi tiba aku akan cuba kotakan janji. Hahaha. 


Miera : just one and a half year to go. Oh, please be nice and easy to me Mr. One And A Half Year.