Dunia Miera


Entry aku adalah curahan hati aku.

Engkau terasa? Apa aku boleh buat, itu HAKIKAT.

Engkau tak suka? Engkau BOLEH BLAH, aku tak marah.


Hamster Chumell

Saturday, September 29, 2012

Imsomnia

Assalamualaikum.

It's 12 pm. Sharp. On the other day. Dan aku tak tido lagi.

GILA HEBAT.

Pertama kali dlm sejarah hidup aku tak tidur malam semata utk menyiapkan assignment utk dihantar tepat pada masanya!

PERTAMA KALI sepanjang 22 tahun wehhhhhh!

And I just took about 30 hours straight to finished that SILLY assignment.

Semantik dan peristilahan bahasa Melayu.

Subjek dan pensyarah yg selalu makan maki aku.

Bila mengeluh dan mengeluh dan mengeluh, kawan aku kuatkan semangat dgn berkata, "Rilekssss, kita pernah siapkan assignment gerko dlm masa tiga jam".

Haha. YES. Gila tak semenggah perangai cikgu ni. Belum boleh kawen lagi. Siapa pulak pernah kata kat aku DAH BOLEH????

Mak ayah sila bangga dgn anak sulung kalian. Bangga tak makkk?

Ok, kepala aku dah berdenyut sebenarnya. tapi mata tak ngantuk.

Jilaka kau kafein!

Kefokusan tahap minima

Assalamualaikum.

Masih berassignment. Cam jilaka kan tangan dan kepala hotak aku ni. Masa sibuk berassignment lah mereka sibuk terkinja kinja nak menaip nak mencurhat kat blog.

Ah persetan assignment sebentar.

Jarum pendek jam dinding corak bunga bunga ni tunjuk kat nombor lima. Jarum panjang dia tunjuk nombor dua. Warna langit kat luar gelap.

Aku dah minum empat sachet nescafe bersamaan dengan dua gelas.

Masa berassignment merupakan masa merosakkan segala sistem yang ada pada badan. terutama sistem perkumuhan.

Maaf ginjal. Kau kena kerja kuat sikit memproses kafein yang terover dos dlm badan aku.

Apa sebenarnya yang aku nak nyatakan? Defak. Lost.

Aku nak bagitahu. Aku ni mungkin ada penyakit ADHD. Aku lupa nama penuh. Gi tanya encik gugel.

Aku mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian yg panjang kepada sesuatu benda yg aku tengah buat. Aku cepat ngantuk. Ke aku ni kaki tidur? Arghhh. Manusia mana tak suka tidur. Angkat ibu jari kaki.

Sebagai contoh, masa berassignment macam ni lah aku sibuk nak menaip di blog. Juga sebok terkinja tergedik rasa nak dengar muzik. Seiring jugak dgn kegedikan badan dan kepala yang nak bergoyang. Meluap ruap pulak perasaan nak menyanyi karoke.

Adoi. Gila ADHD aku nih.

Mak, lepas habes degree ni kaklong taknak dah sambung master ke Phd ke BCG ke.

Arghhh aku merepek apa ni. Serius. Inilah kesan kafein.