Dunia Miera


Entry aku adalah curahan hati aku.

Engkau terasa? Apa aku boleh buat, itu HAKIKAT.

Engkau tak suka? Engkau BOLEH BLAH, aku tak marah.


Hamster Chumell

Friday, August 10, 2012

Me is so sad

Assalamualaikum.

Baru melihat iklan raya. Aku memang tak boleh tengok kisah anak yatim. Kenapa?

Senang. Sebab aku tak boleh lihat budak yg jauh lebih kecik drpd aku hidup tanpa mak atau ayah.

Aku sendiri rasanya takkan mampu hidup sempurna tanpa mak atau ayah.

Dan aku sering panjatkan doa.

Jika diizinkan, biarlah aku pergi dijemput Ilahi terlebih dahulu sebelum mak dan ayah.

Kalau aku takde, mak dan ayah masih ada 3 anak yg lain.

Tapi.

Kalau mak atau ayah takde, aku TAKKAN ada mak atau ayah yg lain.

Itu saja sebabnya. Tapi sebab yg sangat besar. Sebab yg sangat bermakna bagi aku. Sebab yg sangat mempengaruhi hidup aku.

Iklan yg berjaya buat aku teresak-esak

Marilah bersama-sama teresak-esak sekaligus memuhasabahkan diri kita.

1 comment:

trevor said...

sebenarnya lebih baik kau berdoa supaya kau boleh jaga ibu dan ayah kau sehingga ke akhir hayat mereka. at least kau puas hati sebab sepanjang hayat mereka terjamin sebab kau dapat jaga sendiri. kalau kau mati, kau tinggalkan dengan adik beradik yang lain kau pasti ke mereka akan jaga dengan ikhlas?

lagi satu sebab, percayalah orang yang ditinggalkan adalah orang yang paling terasa peritnya kehilangan orang yang disayangi. kau sanggup lihat ibu bapa kau sedih gila sebab kehilangan kau.

kalau aku.

aku lebih sanggup menderita kehilangan orang yang tersayang sebab kalau aku berdoa aku mati dulu, aku rasa selfish gila. asalkan aku tak sedih, aku sanggup mati dulu.

mcmanapun ini pendapat aku je. takde niat pun nak ajar kau apa yang kau patut buat dalam hidup kau. kan?